Ketelusan

Privasi & Data

ZymNotes tidak memerlukan pendaftaran akaun, dan tidak menjual atau mengiklankan menggunakan data pelawat. Halaman ini menerangkan apa yang dikumpul semasa anda melayari laman ini, dan sebabnya.

Analitik Pelawat

ZymNotes menggunakan Google Analytics untuk memahami penggunaan laman secara umum — halaman yang dilawati, jenis peranti/pelayar, dan anggaran lokasi (negara/bandar). Ini tidak termasuk identiti peribadi anda. Maklumat ini membantu menentukan bahagian mana laman perlu diperbaiki. Google mungkin menetapkan cookie pihak ketiga untuk tujuan ini.

Dasar Privasi Google →
Storan pada Peranti Anda

Tetapan seperti tema (terang/gelap), halaman nota terakhir dibaca, markah kuiz, dan status "Suka" pada infografik disimpan terus pada peranti anda menggunakan localStorage pelayar — bukan pada pelayan ZymNotes.

Maklumat ini tidak dikongsi dengan sesiapa, dan akan hilang jika anda memadam data/cache pelayar, atau membuka laman ini pada peranti/pelayar lain.

Borang Maklum Balas

Apabila anda menghantar borang Maklum Balas, nama, jenis maklum balas, mesej, dan emel (jika diisi — pilihan, hanya untuk balasan) dihantar melalui Formspree, perkhidmatan pemprosesan borang pihak ketiga, terus kepada Hazim.

Borang turut menggunakan Cloudflare Turnstile untuk mengesahkan penghantar bukan bot automatik — proses ini memerlukan sedikit maklumat peranti/pelayar dikendalikan oleh Cloudflare secara automatik.

Jika anda memilih jenis mesej Testimoni / Kongsi pengalaman dan menanda kotak semak "Boleh papar...", sebahagian mesej anda mungkin dipaparkan secara terbuka di laman ZymNotes (cth. halaman Tentang). Nama anda disamarkan (anonim) secara lalai — satu kotak semak kedua yang berasingan membolehkan anda pilih untuk turut papar nama sekali jika mahu. Kedua-dua kebenaran ini pilihan sepenuhnya; tanpa kotak semak "Boleh papar..." ditanda, mesej anda kekal peribadi seperti maklum balas biasa.

Perkongsian Data

Data yang dikumpul di atas tidak dijual dan tidak dikongsi untuk tujuan pengiklanan. Ia hanya diproses oleh pembekal perkhidmatan yang dinyatakan (Google, Formspree, Cloudflare) semata-mata untuk fungsi yang disebut di atas.

Pertanyaan Anda

Jika anda ada soalan tentang maklumat ini, atau ingin memohon supaya entri maklum balas yang pernah anda hantar dipadam, sila gunakan borang Maklum Balas dan nyatakan permintaan tersebut.

Ke borang Maklum Balas →

Kemas kini terakhir: 17 Ogos 2026. Halaman ini akan dikemas kini jika cara ZymNotes mengumpul atau menggunakan data berubah.