Subtopik 2.5
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Subtopik ini menerangkan bahawa kesedaran nasionalisme di negara kita tidak bermula hanya pada zaman penjajahan British, tetapi telah dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesedaran ini berkembang melalui perjuangan sultan, tokoh tempatan, gerakan agama, penulisan dan pertubuhan.
Warna kata kunci
Audio Nota
Dengar audio ini sambil membaca nota untuk pengulangkajian yang lebih berkesan. Harap maklum, audio mungkin mengandungi penerangan ringkas — nota adalah rujukan utama.
Bilakah semangat nasionalisme sebenarnya bermula di tanah air kita? Adakah hanya semasa zaman penjajahan British?
Sebenarnya, kesedaran nasionalisme di negara kita telah mula muncul sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Penentangan penjajahan di Tanah Melayu bermula seawal Melaka. Lima peringkat nasionalisme Melayu:
Zaman Kesultanan Melayu Melaka 
Kesedaran nasionalisme dapat dikesan sejak zaman:
Setelah Portugis menawan Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan semula Melaka.
Baginda melancarkan tiga kali serangan untuk menawan semula Melaka, namun semuanya gagal.
Penentangan terhadap British di Kedah 
Sultan Abdullah Mukarram Shah dari Kedah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
Baginda berusaha mendapatkan semula Pulau Pinang, yang merupakan sebahagian wilayah Kedah.
Perjuangan baginda merupakan antara yang terawal menentang British di negara ini.
Pejuang Tempatan Menentang Penjajah 
Penentangan terhadap penjajah turut dipimpin oleh tokoh tempatan di pelbagai negeri.
Walaupun perjuangan mereka bersifat setempat, semangat mereka mencerminkan nasionalisme yang kuat.
Tokoh penting termasuk:
Mereka menentang ancaman luar dan berjuang untuk mendaulatkan wilayah masing-masing.
Tindak balas penjajah sangat keras, menyebabkan gerakan selepas itu bergerak dengan lebih sederhana.
Gerakan Islah oleh Tokoh Agama
Sejak awal abad ke-20, Gerakan Islah membangkitkan kesedaran melalui pembaharuan pemikiran Islam.
Gerakan ini dipelopori oleh:
Mereka menyeru masyarakat supaya:
Perjuangan Melalui Penulisan & Akhbar 
Tokoh wartawan dan penulis memainkan peranan besar dalam menyebarkan kesedaran kebangsaan.
Antara tokoh penting:
Melalui penulisan mereka, pelbagai isu diketengahkan seperti:
Pertubuhan Sosioekonomi oleh Intelektual 
Golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu turut memimpin gerakan melalui pertubuhan.
Tokoh penting termasuk:
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti:
Mereka terus berusaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kebebasan dan kemerdekaan.
Kesedaran nasionalisme di negara kita telah lama wujud dalam pemikiran dan perjuangan tokoh tempatan.
Kesedaran ini lahir daripada pelbagai golongan seperti:
Perjuangan ini dizahirkan dalam pelbagai bentuk:
Kesedaran ini akhirnya menjadi asas kepada perjuangan kebangsaan yang membawa kepada kemerdekaan negara.